Honey N Clover

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

:+: A WeLcoMiNg ReMaRk To HeR :+:


Mabruk ‘alaik! Tahniah dan selamat datang diucapkan ke dalam ‘persaudaraan’ indah ini. ‘Persaudaraan’ yang dihubungkan atas dasar sejahtera. ‘Persaudaraan’ yang bermotifkan keamanan dan kesejahteraan. ‘Persaudaraan’ yang diwujudkan atas rahmat dan redha dariNya yang Esa. Itulah ‘Islam’. Sejahtera dan aman.

Telah tertulis sejak dulu lagi bahawa hari itu akan tiba di dalam kamus hidupmu. Telah tercatat pada lembaran takdir - hari, tarikh, waktu dan lokasi kamu telah mengucapkan ikrar itu. Ikrar agung. Janji ulung. Sumpah setia. Itulah kalimah syahadah yang suci. Kepada siapa? Kepada Dia yang Esa. Itulah Allah subhanahu wa ta’ala.  

Andai diri masih terkotak-katik mencari kepastian, usah bimbang. Perlahan-lahanlah melangkah bagai anak kecil yang baru bertatih. Usah terburu-buru mengejar semuanya, dikhuatiri nanti jatuh tersungkur sehingga melemahkan semangat. Tidak mengapa walau luka sedikit-sedikit di perjalanan, jangan sampai dihinggapi jemu yang tidak terbendung apabila sudah semakin menghampiri destinasi. Usah bimbang kalau-kalau diri ketinggalan, tetapi bimbanglah kalau-kalau ilmu yang dikutip itu tidak kekal lama di hati. Justeru, melangkah lah selangkah demi selangkah dengan penuh ikhlas dan kesungguhan. Allah tahu isi hatimu. Dia tahu keikhlasanmu. Usah terburu-buru. Dia tahu kekuatan dan kelemahanmu. Kerana Dia lah yang mencipta itu semua buatmu. Usah tergopoh-gapah. Dia tidak mendesak hamba-hambaNya. Allah Maha Lembut itulah salah satu namaNya.

Allah telah berfirman di dalam al-Quran : “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara”. Maka walau kita tiada pertalian darah, kita tetap bersaudara. Agama kita telah mempersaudarakan kita. Kerana kita punya matlamat yang satu. Destinasi yang satu. Di bawah rahmat Tuhan yang satu.

Percaya atau tidak, yang di sini mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kala mengetahui kamu sudah ‘rasminya’ bersama-sama kami dalam meniti tujuan hidup yang sebenar. Dalam mencari kebenaran yang tiada penyimpangan. Dalam mencari ketenangan yang mengisi kekosongan jiwa. InsyaAllah kamu sentiasa di dalam doaku. Semoga kita terus diberikan petunjuk olehNya untuk terus teguh pada jalanNya. Untuk terus yakin dan redha dengan janji-janjiNya. Yakinlah...saat senang dan susah kita, Allah sentiasa ada.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Al-Baqarah : 186)

Dan satu hadiah buatmu wahai kakak,
 Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.
(Al-Ahzab : 43)

KEGELAPANmu tinggalkanlah ia sebagai satu pengajaran buatmu. CAHAYAmu jadikan ianya sinar kebahagiaanmu dalam mencari ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar  ^_^

:+: TaUsiAh Buat MeReKa YanG BerGeLaR ManUsiA :+:


Tema utama : sejarah kesusasteraan arab. Satu subjek yang agak kurang digemari sebenarnya. Tapi termasuk dalam senarai subjek wajib. Isk! Ikhlas masih perlu dipupuk. Mesti! Namun di sebalik kebosanan kala kaki melangkah, mata seakan terbuka luas tatkala seorang ustaz menyampaikan tausiah-tausiahnya yang jika didalami maksudnya amat bermakna sekali buat kita yang bergelar manusia. Dan buat kita yang sedang membina hidup. Barangkali cerita-cerita pengalaman ustaz sepanjang melalui umur seperti anak-anak muridnya lebih diberi perhatian berbanding isi-isi kandungan subjek itu sendiri.

 Sungguh...menarik! Cakap ustaz bukan saja-saja. Cakap ustaz juga bukan sekadar andaian. Tapi cakap yang berdasarkan pengalaman tathbiiqi dan syu’ur. Bagi sesetengah orang mungkin tausiah yang berupa teori semata sudah memungkinkan mereka menerimanya sepenuh hati. Tapi bagi diri yang agak keras hati ini, tausiah yang berdasarkan pengalaman lebih menusuk qalbu. Lebih tercenderung melekat di minda.

Hidup kita semakin keduniaan. Di mana akhirat semakin dibelakangkan. Manusia semakin sibuk mengejar dunia. Tanpa sedar akhirat ditinggalkan jauh di belakang. Bukankah sering dilaung-laungkan bahawa dunia ini syurga orang-orang kafir dan neraka orang-orang beriman? Tetapi apa yang berlaku sekarang, dunia ini sungguh...syurga bagi sesiapa sahaja. Justeru, neraka bagi siapa? Entah!

Keadaan dunia yang sekarang sering ditimpa bencana, politik negara yang kucar-kacir malah di dalam institusi kekeluargaan itu sendiri sedang mengalami pergolakan. Dengan fakta ini sudah cukup memberi gambaran kuat buat kita bahawa kita semua sedang melalui dan akan melalui rentetan hidup yang kian mencabar. Akan wujud satu lakaran hidup yang penuh liku. Mungkin sampai pada satu tahap, sesetengah dari kita mudah sekali berputus asa, hilang harapan, luntur semangat dalam diri, hilang arah tujuan hidup sebenar, dan terjerumus dalam kemewahan dunia, mengejar pangkat dan kekayaan. Na’udzubillah!

Kata ustaz tepat sekali. Tidak perlu menyandarkan harapan pada parti-parti atau pertubuhan-pertubuhan. Tidak perlu bergantung kepada ketua-ketua atau pemimpin-pemimpin untuk membantu kita mencari ketenangan. Tidak perlu bergantung harap pada manusia yang sebenarnya mudah sekali mengecewakan kita. Sandarlah dan berharaplah hanya pada Allah Yang Esa. Dia sekali-kali tidak akan mengecewakan hambaNya. Dia sekali-kali tidak akan membiarkan hambaNya terkotak-katik meraba-raba mencari ketenangan abadi tanpa panduan. Hanya dengan satu syarat, KITA MAHU. Ada MAHU, adalah jalannya. Kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan di situ ada jalan’ harus kita imbas kembali dan amati sungguh-sungguh tafsirannya. Tidak keterlaluan jika aku katakan pepatah ini boleh sangat jika mahu dihubungkan dengan firman Allah :
 Sesungguhnya kamu (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.
(al-Qasas : 56)

‘Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya’. Siapa orang yang dikehendaki Allah untuk diberikan petunjuk? ‘Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk’. Itulah.....orang yang mahu menerima petunjuk Allah. Adakah kita tergolong dalam kategori itu? Tepuk minda tanya hati.

Suka sekali dengan quote ustaz “sewaktu kita berdoa, ibarat kita sedang mengetuk pintu Allah”. Terlakar di minda, saat ‘pintu’ diketuk, Allah menyambut hamba-hambaNya dengan penuh kasih sayang. Ibarat manusia yang bertandang ke rumah Allah sentiasa dijamu dengan nikmatNya. Alangkah indahnya! Bagi sesiapa yang semangatnya untuk bertahajud setiap hari berkobar-kobar, itu adalah satu nikmat besar buatnya. Tapi bagi sesiapa yang iman setipis kulit bawang seperti diri ini, kadang-kadang lalai untuk mengingati bahawa kita juga sedang dilimpahi nikmatNya. Saat diri sedang bersenang berehat di bilik, itulah nikmat. Saat diri menjamu selera walau hanya dengan sekeping biskut, itulah nikmat. Saat diri sedang lapang sekali menari-narikan jari jemari di papan kekunci, itulah nikmat. Setiap minit, setiap saat nikmat Allah melimpah ruah. Namun berapa ramai yang menyedari semua itu? Berapa ramai yang betul-betul mahu ambil kisah dengan semua itu? Walau doa yang dipinta masih tidak Allah kabulkan, nikmat-nikmat lain dari Allah tetap mengiringi hidup. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Justeru, sentiasalah kita semua istiqamah mengetuk ‘pintu’ Allah dengan doa dan zikir. Jangan pernah jemu mendekatiNya. Jangan pernah berputus asa memohon kekuatan
dariNya. Andai permintaan tidak dikabulkan bukanlah bermakna Allah melupakan kita. Kerana Allah sesekali tidak akan melupakan hamba-hambaNya. Cuma, Dia ada percaturan yang lebih baik untuk kita. Yakinlah! Dan redhalah! Dengan janji-janji dan takdirNya.
 Tidak ada suatu keberatan pun atas Nabi tentang apa yang telah ditetapkan Allah baginya. (Allah telah menetapkan yang demikian) sebagai sunnah-Nya (mengerjakan sesuatu yang dibolehkan Allah tanpa ragu-ragu) pada nabi-nabi yang telah berlalu dahulu. Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku,
(al-Ahzab : 38)

Jika para nabi yang memiliki kedudukan mulia di sisi Allah itu tidak merasa keberatan pun dengan ketetapan-ketetapanNya, apatah lagi kita...manusia lemah yang hanya mengharapkan rahmatNya untuk terus kuat. Maka yakinlah dan berpegang teguhlah bahawa takdirNya adalah yang terbaik untuk kita.

Pinta kami Ya Allah, dengan takdirMu, pada hari yang dijanjikanMu, andai gunung yang menjadi pemandangan kami setiap hari runtuh berkecai, andai bintang-bintang yang menjadi tatapan kami setiap malam itu gugur bertaburan, andai bulan yang menerangi malam kami setiap malam itu gugur ke bumi, andai awan dan langit yang mengiringi langkah kami sehari-hari itu bergulung lingkup, Dengan rahmatMu Ya Allah, kumpulkan kami dalam kalangan orang-orang yang beriman dan yang selalu di dalam redhaMu. Amin.

:+: BuKan SeBaRanG JaLa :+:



Alhamdulillah…ada sejenis jala telah melalui kerongkong ini. Bukan satu bukan dua. Mungkin empat. Mungkin juga enam. (tak ingat dah). Kemudiannya terus ke destinasi dalam masa beberapa minit atau mungkin jam. Jauh menuju ke satu gua. Gua yang dipenuhi dengan usus-usus kecil mahupun besar. Harapnya tidak cepat-cepat keluar dari gua itu =P

Terima kasih ummi Dhiah untuk roti jala yang best tadi ;) Tak muak dan molek-molek sekali bentuknya. Kuahnya pun menyelerakan. Nak nak part kentang tu. Tak boleh tahan. Heee =B

Err…Dhiah nak jugok ke ucapan time kacih? Hurmm….bolehlah. Time kacih sebab tolong gulung roti jala tu. Hahah. Gura je Dhiah. Time kacih banyok-banyok sebab jemput kami untuk menikmati roti jala di petang rabu di Kampung Losong berhampiran kedai Ayam Segar. Heh!

P/s : Gg…lps ni boleh lah rasa hok Dhiah buat sendiri pulok op..? Kite tulong gulong pulok. Ke gane?  ^_~

P/s : Dhiah...dok ingat nok amik gambo roti jala takdi. Kalau amik, boleh letok sini. Heh! Dan dok ketinggalan menu second utama :- kepok lekor. Hoho =D

:+: WhEn thE nightingale SinGs :+:



Curtain lifted up.


It’s the moon again. Hiding behind the clouds. The beautiful scene reflects to my window glass. So I turn left. And there it is. Slowly accentuating itself.

Regret. One thing that people hate but tend to feel it either way. Do you? Do I? Yes I do. People tell to forget the past and pretend like it never happened. But some of them ask “can we really do that?” Do you think so? I don’t think so. What had happened will always stay as something which HAD HAPPENED. No offence.

Somehow the real meaning of that phrase (forget the past and pretend like it never happened) can be viewed from another perspective actually. Not only can, but it has to be. How?

No matter what, life goes on. It’s true. In order to make life better than yesterday, we ought to take something from the past. Some lessons. Some experiences. So that will make us see the past as something beneficial even if it couldn’t be retrieved.

People regret. There are people who love to live in the past and keep living in it. There are those who think that now is what matters, not the past. And there are those who love to keep themselves in the past some of the time and then they will sure come out again, facing the reality, the ‘now’. Well…which one are you? Which one is me?

I do regret. Sometimes. But then I know I have to wake up. It’s the past. And I chose that road. Yes. I did. So there’s no one to be blamed. Even if it does, it has to be me. Why? Because I’m the one who chose that road. It’s sad. To have chosen the road that makes us regret later. Something that makes us lose the road we love to the road we love even more which gets harder and harder from time to time. It really is. But that’s fate. So when we know that it contains goodness from HIM, confidence overcomes fear. And when we realize that we actually have a chance to retrieve the loss, even not whole fully, hope overwhelms regret. Effort takes precedence over giving up.

Appreciate the tiny happiness we’re having instead of regretting that big happiness we could’ve had.

It’s the moon again. Slowly revolving. Up and up. Till it’s gone from my sight. Still I know it is shining so bright. Lighten up the night. It has always been.

Curtain closed. And the nightingale started to sing. In her simple wholesome dream.

:+: OnE FacT :+:



Fakta Bagus : Sesetengah hotel (atau mungkin kebanyakan hotel) menggunakan minyak masak yang baru setiap kali memasak menu yang berlainan. Maksudnya minyak masak yang telah digunakan sebelumnya tidak digunakan buat kali kedua dan diasingkan di dalam bekas tertentu.

Fakta Tak Bagus : Minyak masak terpakai yang telah diasingkan itu tadi dijual kembali oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Mula-mula mereka mengumpulkan minyak masak terpakai itu dan memberitahu mereka akan membuangnya. Padahal mereka telah mengambil keuntungan dengan kerja tak senonoh. Mereka mencampurkan minyak masak terpakai itu dengan bahan kimia (aku pun tak sure jenis apa. Untuk keterangan lanjut, sila tanya doktor atau siapa-siapa yang tahu). Lepas tu minyak masak bercampur bahan kimia tersebut dituras untuk mengasingkan habuk-habuk masakan yang terdapat di dalamnya. Maka keluarlah minyak masak 'baru' yang nampak suci dan murni padahal langsung tak suci lagi tak murni. Minyak masak 'baru' tersebut dipekkan dalam plastik dan kemudiannya dijual dengan harga yang murah. Orang ramai yang memang pantang tengok barang murah ni pun mulalah berpusu-pusu memborong minyak masak ini. Terutama pemilik-pemilik restoran yang memang kebanyakannya lebih mementingkan keuntungan yang banyak daripada mengorbankan modal yang lebih sedikit untuk dapatkan bahan berkualiti. Dan tak cukup dengan itu siap bagitahu orang kampung lagi, minyak ni murah, belilah, jimat, tak rugi, bla bla bla.

Kata seorang doktor : Kajian telah dibuat, antara orang yang kerap makan di rumah dengan yang kerap makan di kedai, yang kerap makan di kedai tu lah muda-muda dah dapat penyakit. Terutamanya kanser. Sebab apa? Sebab minyak masak ni lah. Manakala orang yang kerap makan di rumah agak susah dapat penyakit.
Atau dengan kata lain sempat lah tua sebelum dapat penyakit. (dan ini ayat aku)

"Orang ramai takkan lah tak boleh nak fikir. Takkan lah minyak masak tu murah kalau ianya berkualiti. Dan takkanlah ianya dijual dengan harga yang murah kalau bukan sebab ianya tak berkualiti. Fikirlah sikit!" Kata doktor ni lagi dengan nada yang agak marah.

So lepas ni semua orang, jangan hanya fikir nak murah. Biarlah keluar belanja sikit asalkan kesihatan terpelihara. Mana lagi penting kesihatan ke duit yang berkepuk-kepuk dalam purse tu? Duit boleh dicari. Kesihatan bukan senang nak dapat balik once dah ditimpa sesejenis penyakit kritikal.

Memang betul sakit mati tu semua takdir Allah. Tapi takkan nak ikut flow je kot. At least berusahalah kita sama-sama pelihara tubuh badan pinjaman ni sebaik-baiknya. Barang kawan lagi kan kita nak jaga baik-baik sebelum dipulangkan balik. Ni lagikan barang Tuhan kita. Takkan nak jaga sambil lewa je. Nak pulangkan balik yang reput-reput, yang berkulat, yang patah-patah, yang buruk-buruk. Tak malu ke ha?

Cadangan doktor tadi : Minyak Masak Cap Buruh bagus untuk digunakan. 

Wallahu'a'lam.




:+: TeNanG vs ReSaH :+:



Kalau  anda, mana satu pilihan anda? Mesti nak tenang kan? Tapi dalam beberapa hal, perasaan resah dan tidak tenteram itu tersangat perlu sebenarnya. Bila? Bila kita ‘terpaksa’ terjebak dengan perkara tidak elok. Perasaan resah itu perlu wujud sebagai satu langkah pencegahan diri daripada mengulang perkara itu lagi. Sebagai satu peringatan bahawa kita ada ura-ura semakin menghampiri kemungkaran. Naudzubillah...

Situasi 1 : Berkeinginan untuk memiliki sesuatu, tapi dikhuatiri ianya bukan takdir kita. Kemudian dirasakan lebih baik sahaja kita tinggalkan harapan itu sekarang. Bimbang nanti bila sudah sampai masa terbukti ianya bukan milik kita, kita akan rasa semua perkara yang kita buat selama ini sia-sia sahaja. Atau pun sukar untuk menerima hakikat bahawa ianya tidak termaktub untuk menjadi milik kita.

Situasi 2 : Berkeinginan untuk memiliki sesuatu. Dan dirasakan ia betul-betul akan menjadi milik kita, tetapi kita mahukan ianya melalui proses yang betul dan lurus. Proses yang mampu memberi sedikit jaminan yang baik walau tidak banyak. Proses yang diredhai...sebagai permulaan kepada hasil yang akan dibentuk di kemudian hari supaya terus diredhai jua. Tetapi agak sukar. Kerana kita sudah memulakannya dengan cara yang agak menyimpang sejak zaman ‘jahiliah’ dahulu. Bagaimana mahu berubah sekarang? Bagaimana mahu mengubah jalan yang tidak elok itu kepada yang lebih elok dan diredhai? Khuatir tidak dapat diterima orang sekeliling. Khuatir kalau hati sendiri tidak dapat terima. Khuatir kalau ada orang yang terasa dengan perubahan ini.

(Bagaimana ya? Susah! Susah!)

(Arrghhh...alasan semata-mata! Alasan! Alasan!)

Walau tidak dapat berubah sekarang, harapan semoga Allah terus kekalkan rasa resah ini dalam hati ini tatkala melencong dari simpang yang sepatutnya. Na’udzubillah. Semoga rasa resah dan runsing ini terus kekal sebagai alarm bahawa diri ini sedang menghampiri lurah berbahaya. Lurah yang mampu mencederakan iman. Ya Allah...jangan Engkau biasakan hati ini dengan kemungkaran. Jangan Engkau imunkan hati ini dari perasaan berdosa tatkala masih setia bersama dosa. Astaghfirullah.

Hamba yang hina. Sering meminta waktu. Waktu untuk berubah. Waktu untuk berusaha berubah. Hamba yang hina. Siapa? Inilah...yang sering meminta-minta dipanjangkan sedikit waktu untuk berubah. Walhal dari dulu lagi waktu yang banyak sudah dibentangkan di hadapan mata. Tapi selalu saja ada alasan-alasan yang entah apa-apa.

(Jangan imunkan hati ini dari perasaan berdosa terhadapMu, Ya Rahman Ya Rahim).

Sungguh aku mengharapkan ketenangan hidup di bawah payung rahmatMu Ya Allah. Namun keresahan dan kerunsingan itu sanggup aku tanggung sekiranya pengakhirannya adalah kebahagiaan berbumbungkan berkatMu.



(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
(Ar-Ra’d : 28)

:+: MaaF BeRKasaR BaHaSa :+:



“Bodoh!” Kasar kan? Tapi nak sangat rasanya ditujukan pada sesetengah orang ni.

Tolong lah berhenti hanyut dalam kebodohan sendiri! Jangan fikir kamu je yang dirundung masalah! Jangan fikir orang yang tak menceritakan masalah dia tu bermaksud dia tak ada masalah. Jangan fikir kamu je yang pernah melalui pahit getir sesuatu ujian dan orang lain tak pernah merasainya. Mana kita nak tahu? Entah-entah ujian yang dilalui orang itu lebih besar dan lebih mencabar lagi daripada ujian yang menimpa diri kamu. (Memang pun!)

Tolonglah hentikan perasaan kasihan dengan diri sendiri. Toloooooonglah! Walaupun kita tak pernah kata yang kita kasihankan diri sendiri, tapi itulah sebenarnya yang wujud jauh dalam sudut hati. Tolonglah hentikan semua tu! Lebih-lebih lagi di saat aku tahu masalah apa yang menimpa kamu tu. Sangat tak masuk akal! Isk! (Dan tersangat lah memang pun!)

Dah berkali-kali ulang benda yang sama. Aku boleh sabar di permulaannya. Sebab aku tahu aku tidak boleh terus-menerus ‘menyerang’ kamu dengan dalil-dalil atau hujah-hujah yang memang for sure boleh mengalahkan sebab-musabab kekecewaan kamu. Aku tahu hati kamu masih belum stabil untuk menerima semua itu. Dan aku sedang belajar menjadi da’ie yang baik. Da’ie yang di permulaannya cuba memandang kekecewaan kamu itu dari sudut pandangan diri kamu. Kemudian perlahan-perlahan menarik kamu keluar dari kotak pemikiran yang jika dibiarkan akan menjadi semakin sempit. Tetapi sayangnya, hanya kadang-kadang sahaja kamu menstabilkan diri. Kemudian, kamu kembali pada takuk lama. Takuk ‘kesedihan yang tak masuk akal’. Kalau diberitahu seluruh dunia pun, mereka akan setuju bahawa ianya hanyalah ‘kesedihan yang tak masuk akal’. Sungguh! Well...kalau orang-orang ini memang waras seperti aku dan bukan dungu seperti kamu! (Cewah...berlagaknya aku!)

Tolonglah keluar dari takuk itu! Jangan diulangi ayat ‘kamu takkan faham apa yang aku lalui sebab kamu tak merasainya’. Mana kamu tahu aku tak pernah merasainya? Atau mungkin juga aku memang tak merasainya. Kenapa? Kerana aku tahu ianya satu benda bodoh, tak masuk akal, dan tak patut diterima akal pun, sebab itu aku tak ingin melaluinya. Kamu pun tolonglah jangan jadi bodoh dan ulang ayat cliché tu! Kalau aku tanya kamu, “Aku je ke yang tak faham kamu? Kamu tu faham sangat ke aku ni?” Kalau faham, mestilah kamu sedar yang aku meluat dengan kekecewaan kamu yang tak masuk akal tu. Tapi kamu tak faham aku kan? So adillah tu aku ‘berpura-pura’ tak faham kamu. (Waahhh...berlagak lagi!)

Please grow up!!! Jangan fikir apa yang kamu lalui tu sudah cukup membuktikan kamu tu dah matang. Sebab ianya belum! (Obviously belum!)

Jangan biarkan diri dikuasai syaitan! Mereka selalu je bertepuk kegembiraan bilamana berjaya membuat kita membuai perasaan sendiri. Beristighfar lah banyak-banyak. Dan buat diriku jua. Kerana dari tadi asyik menyumpah-nyumpah je. Isk!

Astaghfirullah....





Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.  
(Ali ‘Imran : 139)